Monday, January 31, 2011

Aku di bumi Suomi

Hari Pertama:
Aku tiba di Helsinki lebih kurang jam 1300. Semasa mendarat, aku nampak Helsinki spt lautan salji. Putih... Bagi aku, Macam bandar mati.. dgn pokok2 tak berdaun..
Lama jugak menunggu bagasi. Risau jugak kalau2 miss kat mana2. Mahu aku hangit!
Kemudian kami (aku dan peserta dari Indonesia) dibawa oleh wakil VERIFIN ke tempat tinggal kami di Toolo Tower (tak sure eja betul ke tak).
Bilik yang dia bagi tu, apartment 1 bilik. Seelsa jugaklah. Ada dapur, ada mikrowave, ada periuk dan pinggan mangkuk.
Selepas dia tunjuk semua tempat kat apartment tu, aku masaklah (panaskan) nasi goreng Brahim´s. Aku makan dgn Irma (Indon) tu. Dia bawak rendang. Aku tawakal aje guna pinggan mangkuk yg ada tu... Kalau tak, takkan nak makan dalam kotak Brahim`s tu...
Jam 1500: aku dapat Skype dengan anak2 n abang. Bukan hilang rindu, bertambah rindu pulak... Tambah2 bila tgk Aisyah kesat air mata. :(( dan nampak pulak kesan lebam kat tangan abang sbb terjatuh. Ya TUHAN... selamatkanlah mereka walau di mana saja.
Selepas Skype, (bateri habis, dan baru aku sedar yang adapter yang aku bawa itu salah... huwaaaa... mana la aku nak cari dan berapa pulak rege dia!) aku terus baring dan harap2 aku tertidur.
Aku tersedar dan jam menunjukkan 0930. Aku confused... pagi ke malam? takkkan aku baru tidur 3 jam? Wah, ada 12 jam lagi untuk jumpa Matti (aku terkejut dgr nama dia, mati??) yang akan bawa kami ke VERIFIN!!
Selepas itu aku cuba pejam mata lagi tapi tak boleh. Terkebil2 tak tahu nak buat apa. Ketika ini aku terfikir, aku senang2 landing atas katil, tapi abang kat rumah tentu struggel untuk uruskan anak2.. :(
Then aku tak tidur sampai nampak sinar fajar.

Hari ke-2:
Aku bfast dengan milo cereal dan biskut+jam. Then aku masak nasi, panaskan sambal ikan bilis, tapi tekak aku tak boleh terima. Mungkin something wrong dgn periuk yg aku masak nasi tu??
Bingung sebab x dpt contact abang. Oh, cepatlah aku dapat beli adapter tuuu...
Jam 0940, Mattin dan Vesa datang jemput kami. Matti tunjukkan kami cara2 naik tram.
Suhu pagi ni -5 C. Matti kata, 'luckyly it's not cold'. Aku bulatkan mata: 'not cold???' Aku dah nak pengsan kesejukan dia kata tak sejuk? Kalaus ejuk tu, macam mana la...
Dan ketika aku menaip entry ni, kami baru saja dibawa kenal bangunan VERIFIN (Chemistry Department) menggunakan komputer di sini. Oh, I miss my laptop...

Sunday, January 30, 2011

Perjalananku sudah bermula

Jam 8.30 pm waktu Malaysia. Pintu C14 sudah dibuka. Aku harus berangkat. Berat benar hati hendak meninggalkan mereka, tapi aku tiada pilihan. Nak kata dah terlambat pun tak taula... Betul ke pilihan yg aku buat ni? Mujurlah aku masuk awal, kerana aku terpaksa naik bas untuk sampai ke pintu C14 yang emmakan masa dalam 10 minit jugak.
Terasa asing di negara sendiri kerana kebanyakan penumpang adalah pelancong asing. Dan yang penting, aku yang paling 'kecil'!
Jam 9.50 pm: pesawat LH 783 mula berlepas.
Sakit kepala aku masih belum hilang. Hidung pun dah mula tersumbat. Aku cuba melayan novel yang baru aku beli kat airport tadi namun denyutan di kepala membuatkan mataku sukar untuk menangkap huruf2 yang tersusun di setiap muka surat. Active fast yang aku telan sebelum berlepas tadi tidak memberi kesan sepantas yang diharaokan tetapi dia buat aku tidur lena sehinggalah pengumuman menyatakan sebentar lagi kami akan mendarat di Lapangan Suvarnabhumi. Apa-apalah! Mataku masih mengantuk dan kepala masih berat.
11.45 pm : tiba di Lapanganterbang Suvarnabhumi. Ramai pulak yang turun dan tentu ramai juga yang akan naik. Sewaktu transit ni, kepalaku masih terasa berdenyut-denyut. Ayuh... cepatlah hilang!
12.45 am: berlepas ke Frankfurt.
0200: aku terjaga dari tidur. Sakit kepala dah beransur pulih. Nak ke toilet, tapi mat saleh sebelah aku ni punyala lena tidur. Aduyaiii...
0330: Bfast (atau dinner atau supper???) dihidangkan. Aku tak jamah pun bun yg dia kasi sebab sama je dgn org sebelah even aku request moslem meal. Hehehe... lagipun bun yg dia kasik tu keras semacam aje, jauh lebih baik yang aku buat kat rumah. Oh, I miss my baking time!!
0400: Baru dapat ke toilet. Punyala la lama... bukan apa, bersihkan muka, betulkan tudung. Muka dah macam apa dah..
0530: Kami mendarat di Lapangan terbang Frankfurt. Punyalah jauh berjalan dari pintu keluar ke imigresen. Sakit bahu aku galas back pack. Airport dia lebih kurang macam KLIA jugak.
0545: aku dah keluar dari perut pesawat. Bila aku toleh kiri dan kanan... benar2 rasa asing. Tapi aneh, aku tak rasa takut.
Semasa di imigration checkpoints, suspen dah sebab dia tanya macam2. Orang sebelum2 ni dia tak tanya pun... Bila aku tunjuk dokumen dari VERIFIN barulah dia lepas.
0630: baru dpt mesej ke rumah. Lega... tapi dah mula rindu. Flight ke Helsinki jam 0920. Lama lagi tuu... Aku duduk kat sebelah mak arab ni. Macam2 mknn dia kasik aku. Tak dpt nak communicate sbb dia tak faham BI. Aku cuma pandai ckp syukran. Hahahaha.. Lepas tu sepatah lagi, ‘min aina ila aina’. Waaa... min Mesr.. wakakaka...kesian aku!
Aku dah rasa sunyi. Sunyi dari suara anak2... ni baru sampai frankfurt. Kat Helsinki nnt macam manala...

Friday, January 28, 2011

Less than 24 hrs...???

Aku dah tak ada mood nak packing. Ada lagi yg belum beli.. Tgk kain berbakul-bakul yang tak kering, aku dah pening. Tak dapatlah aku nak tolong lipat dan gosok sebelum aku berangkat. Hmmm....
Harap esok semua urusan dipermudahkan. Harap stok makanan tu lepas la... Kang ada yang kelaparan pulak kat sana... hehehehe

Helsinki semakin melambai-labai

Esok malam aku akan berlepas. Selepas itu, no morning kisses, no hugs, no bebel2, no jeritan anak2, no 'apa tu', mengapa ni' ... semuanya akan jadi sunyi, akan jadi sepi.
Kuatkan semangatku...

Tuesday, January 25, 2011

Tiap-tiap hari membilang hari

Ada orang membilang hari bahagia, tapi aku... Aku membilang hari yang mendebarkan. Tak sanggup rasanya untuk menghadapi saat berpisah dengan suami dan anak2. Tak dapat dibayangkan macam mana nanti. Banjirlah KLIA gamaknya...
Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kami, berikan kami kekuatan dalam menghadapi apa jua cabaran, lindungi kami dari segala bahaya dan malapetaka serta ALLAH berikan kami kejayaan untuk melepasi cabaran ini. Amin...

Friday, January 21, 2011

Seminggu lagi!

Cuma tinggal seminggu lagi sebelum 'pengembaraan' ini bermula. Debarannya semakin kencang. Nak buat apa2 pun macam tak semangat aje... Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kami. Amin

Wednesday, January 12, 2011

Tekanan

Masa berlalu begitu pantas. Semakin dekat dengan tarikh aku berangkat, semakin terasa tekanan demi tekanan. Semakin banyak dugaan yang dilalui... Nafasku terasa semakin sempit. Andai dapat kupercepatkan masa, mahu saja aku biarkan Februari hingga April itu berlalu tanpa aku sedari atau berlalu sepantas kelipan mata!

Thursday, January 6, 2011

Semakin dekat...

Cepatnya masa berlalu pergi... Dah tinggal 23 hari aje lagi.. Semakin banyak persiapan dibuat, semakin dub dab dub dab jantung ni... YA TUHAN... beri aku kekuatan!!!

Monday, January 3, 2011

Hari Pertama Persekolahan

Hari ini hari pertama persekolahan dan hari pertama Aisyah dihantar ke rumah pengasuh. Hmm... bermulalah kehidupan normal setelah sebulan lebih 'tempoh bertenang'. Bermulalah tugas rutin, bangun pagi2 sediakan sarapan dan lauk untuk anak2 makan tengahari. Itu hal biasa dan tiada yang memberatkan...
Tetapi, aku tak dapat nak menahan debar bila mengenangkan nak tinggalkan Aisyah ke rumah pengasuh. Mula2 tak sampai hati nak bagitahu, tapi ayah dia kata lebih baik bagi persediaan mental untuk dia dulu.
Dada ibu dub dab dub dab tak henti2 sejak beberapa hari lepas.
Dan... saat nak tinggalkan dia, aduhai... bagai nak luruh jantung ibu ni!!! Meraung dia bukan main lagi! Dan dan tu rasa nak berhenti kerja... :)
Tapi alhamdulillah, mengikut kata pengasuh tu Aisyah menangis tak sampai pun 5 min. Lepas tu macam dah biasa pulak kat situ... Semoga semuanya berjalan lancar... InsyaALLAH.

Sunday, January 2, 2011

Tahun Baru 2011

Sudah 2 hari melangkah ke tahun 2011. Meningkat lagi umur kita... Umur yang berbaki semakin pendek. Mari kita sama2 semak amal ibadah kita.
Tahun ni Amanda akan menduduki PMR, Adib pula UPSR. Semoga anak2 ibu akan berjaya dengan cemerlang.
Aisyah pula dah mula tadika. Yang ni buat ibu berdebar2... Mana nak letak pun ibu masih berbelah bagi... Sekejap kat situ, sekejap kat sini... Lebih2 lagi bila ibu nak tinggal 3 bulan ni. Huiii... rasa nak skip je bulan Februari hingga April. Biar terus jadi bulan Mei.. hehehee
Walau apappun, semoga tahun ini akan lebih baik drp tahun2 yang lalu...
Azam tahun baru? Hmmm... Biarlah jadi insan yang cemerlang baik di sisi manusia dan lebih2 lagi di sisi ALLAH SWT!!