Sunday, April 10, 2011

Jalan-jalan Cari Pengalaman : Stockholm..

Minggu ni berjalan lagi.. Sewaktu dia orang beriya-iya merancang hendak ke Stockholm, aku terfikir malas juga hendak mengikut. Tapi bila mengenangkan yang inilah masanya untuk ke negeri orang dengan bayaran yang sangat murah, lalu aku membuat keputusan untuk ikut sama.
Pada mulanya kami bercadang untuk pergi dua minggu yang lepas, tetapi kabin untuk 4 orang dengan tingkap sudah penuh. Lalu kami mengambil keputusan untuk beli tiket pada 8 April. Tanpa diduga, kami mendapat harga yg murah, iaitu 125 euros utk kabin 4 orang, dengan tingkap... Yehaaaa.. murah gila berbanding 295 euros pada tarikh sebelumnya!
Selepas selesai sampel prearation pertama utk Independent Problem Solving pada hari Jumaat 8 April lepas, kami terus bergegas ke Terminal Viking Line yang terletak di Kauppatori. Mujurlah aku bawa beg roda, kalau tidak memang naya je galas beg berat dan berjalan jauh untuk sampai ke terminal tu yang agak jauh juga. Ingatkan bas no 71 tu akan berhenti di Kauppatori, rupa2nya hanya di railway station. Apa punya driver, bila org tanya, dia angguk.. huhuhuu
Tepat jam 5.30 petang ferry mula bergerak. Cuaca agak mendung ketika itu tetapi tiada tanda utk hujan.




Tapi Viking Line taklah secantik Eckero Line yang membawa kami ke Tallinn. Tapi masih boleh dikatakan mewah jugak... Macam Titanic.. tapi janganlah jadi cam Titanic.. maklumlah atas kapal ni macam2 maksiat ada!! :(








Kami tiba di Stockholm jam 9.40 waktu Finland dan 8.40 pagi waktu tempatan. Sebaik saja melangkah keluar, angin bertiup kencang sekali sampai rasa macam melayang ditiup angin. Sejuknya bukan main. Mungkin kerana dekat dengan laut...

Kami mula menyusur ke Old Town. Wow!!! Macam kat dalam filem cerita dongeng pulak. Pemandangannya memang sangat unik!