Monday, January 31, 2011

Aku di bumi Suomi

Hari Pertama:
Aku tiba di Helsinki lebih kurang jam 1300. Semasa mendarat, aku nampak Helsinki spt lautan salji. Putih... Bagi aku, Macam bandar mati.. dgn pokok2 tak berdaun..
Lama jugak menunggu bagasi. Risau jugak kalau2 miss kat mana2. Mahu aku hangit!
Kemudian kami (aku dan peserta dari Indonesia) dibawa oleh wakil VERIFIN ke tempat tinggal kami di Toolo Tower (tak sure eja betul ke tak).
Bilik yang dia bagi tu, apartment 1 bilik. Seelsa jugaklah. Ada dapur, ada mikrowave, ada periuk dan pinggan mangkuk.
Selepas dia tunjuk semua tempat kat apartment tu, aku masaklah (panaskan) nasi goreng Brahim´s. Aku makan dgn Irma (Indon) tu. Dia bawak rendang. Aku tawakal aje guna pinggan mangkuk yg ada tu... Kalau tak, takkan nak makan dalam kotak Brahim`s tu...
Jam 1500: aku dapat Skype dengan anak2 n abang. Bukan hilang rindu, bertambah rindu pulak... Tambah2 bila tgk Aisyah kesat air mata. :(( dan nampak pulak kesan lebam kat tangan abang sbb terjatuh. Ya TUHAN... selamatkanlah mereka walau di mana saja.
Selepas Skype, (bateri habis, dan baru aku sedar yang adapter yang aku bawa itu salah... huwaaaa... mana la aku nak cari dan berapa pulak rege dia!) aku terus baring dan harap2 aku tertidur.
Aku tersedar dan jam menunjukkan 0930. Aku confused... pagi ke malam? takkkan aku baru tidur 3 jam? Wah, ada 12 jam lagi untuk jumpa Matti (aku terkejut dgr nama dia, mati??) yang akan bawa kami ke VERIFIN!!
Selepas itu aku cuba pejam mata lagi tapi tak boleh. Terkebil2 tak tahu nak buat apa. Ketika ini aku terfikir, aku senang2 landing atas katil, tapi abang kat rumah tentu struggel untuk uruskan anak2.. :(
Then aku tak tidur sampai nampak sinar fajar.

Hari ke-2:
Aku bfast dengan milo cereal dan biskut+jam. Then aku masak nasi, panaskan sambal ikan bilis, tapi tekak aku tak boleh terima. Mungkin something wrong dgn periuk yg aku masak nasi tu??
Bingung sebab x dpt contact abang. Oh, cepatlah aku dapat beli adapter tuuu...
Jam 0940, Mattin dan Vesa datang jemput kami. Matti tunjukkan kami cara2 naik tram.
Suhu pagi ni -5 C. Matti kata, 'luckyly it's not cold'. Aku bulatkan mata: 'not cold???' Aku dah nak pengsan kesejukan dia kata tak sejuk? Kalaus ejuk tu, macam mana la...
Dan ketika aku menaip entry ni, kami baru saja dibawa kenal bangunan VERIFIN (Chemistry Department) menggunakan komputer di sini. Oh, I miss my laptop...

1 comments:

nangka said...

Jangan risau keadaan di sini. Adik-adik yang sememangnya baik dan prihatin datang membantu meringankan keadaan. Carilah pengalaman dan ilmu sebanyak-banyaknya di sana mudah-mudahan menjadi contoh dan pendorong semangat anak-anak di sini.

Post a Comment