Tuesday, January 25, 2011

Tiap-tiap hari membilang hari

Ada orang membilang hari bahagia, tapi aku... Aku membilang hari yang mendebarkan. Tak sanggup rasanya untuk menghadapi saat berpisah dengan suami dan anak2. Tak dapat dibayangkan macam mana nanti. Banjirlah KLIA gamaknya...
Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kami, berikan kami kekuatan dalam menghadapi apa jua cabaran, lindungi kami dari segala bahaya dan malapetaka serta ALLAH berikan kami kejayaan untuk melepasi cabaran ini. Amin...

2 comments:

nangka said...

Mungkin secara zahiriah orang nampak aku seperti tak kisah dengan apa yang akan berlaku. Aku masih mampu tersenyum dan ketawa selamba seolah-olah tidak ada apa yang akan berlaku.Tapi didalam..hanya Allah sahaja yang tahu.

Mampukah aku mengharungi 3 bulan tanpa seorang isteri yang selama ini cekap melengkapkan segala keperluanku?. Mampu atau tidak..itu bukan lagi pilihan yang aku ada sekarang.

Kehidupan ini harus diteruskan. Sekuat manapun cubaan yang datang..aku masih punya Pencipta yang tidak pernah sedetik pun melupakanku. Segala ketentuanNya adalah kurniaan yang harus aku sambut dengan berlapang dada. Sekurang-kurangnya..kerinduan yang bakal datang nanti pasti menjadi guru yang terbaik untuk mengajar aku erti TERIMA KASIH..

seriadriani said...

walahai...sedihnya baca..sob sob...

Post a Comment