Sunday, January 30, 2011

Perjalananku sudah bermula

Jam 8.30 pm waktu Malaysia. Pintu C14 sudah dibuka. Aku harus berangkat. Berat benar hati hendak meninggalkan mereka, tapi aku tiada pilihan. Nak kata dah terlambat pun tak taula... Betul ke pilihan yg aku buat ni? Mujurlah aku masuk awal, kerana aku terpaksa naik bas untuk sampai ke pintu C14 yang emmakan masa dalam 10 minit jugak.
Terasa asing di negara sendiri kerana kebanyakan penumpang adalah pelancong asing. Dan yang penting, aku yang paling 'kecil'!
Jam 9.50 pm: pesawat LH 783 mula berlepas.
Sakit kepala aku masih belum hilang. Hidung pun dah mula tersumbat. Aku cuba melayan novel yang baru aku beli kat airport tadi namun denyutan di kepala membuatkan mataku sukar untuk menangkap huruf2 yang tersusun di setiap muka surat. Active fast yang aku telan sebelum berlepas tadi tidak memberi kesan sepantas yang diharaokan tetapi dia buat aku tidur lena sehinggalah pengumuman menyatakan sebentar lagi kami akan mendarat di Lapangan Suvarnabhumi. Apa-apalah! Mataku masih mengantuk dan kepala masih berat.
11.45 pm : tiba di Lapanganterbang Suvarnabhumi. Ramai pulak yang turun dan tentu ramai juga yang akan naik. Sewaktu transit ni, kepalaku masih terasa berdenyut-denyut. Ayuh... cepatlah hilang!
12.45 am: berlepas ke Frankfurt.
0200: aku terjaga dari tidur. Sakit kepala dah beransur pulih. Nak ke toilet, tapi mat saleh sebelah aku ni punyala lena tidur. Aduyaiii...
0330: Bfast (atau dinner atau supper???) dihidangkan. Aku tak jamah pun bun yg dia kasi sebab sama je dgn org sebelah even aku request moslem meal. Hehehe... lagipun bun yg dia kasik tu keras semacam aje, jauh lebih baik yang aku buat kat rumah. Oh, I miss my baking time!!
0400: Baru dapat ke toilet. Punyala la lama... bukan apa, bersihkan muka, betulkan tudung. Muka dah macam apa dah..
0530: Kami mendarat di Lapangan terbang Frankfurt. Punyalah jauh berjalan dari pintu keluar ke imigresen. Sakit bahu aku galas back pack. Airport dia lebih kurang macam KLIA jugak.
0545: aku dah keluar dari perut pesawat. Bila aku toleh kiri dan kanan... benar2 rasa asing. Tapi aneh, aku tak rasa takut.
Semasa di imigration checkpoints, suspen dah sebab dia tanya macam2. Orang sebelum2 ni dia tak tanya pun... Bila aku tunjuk dokumen dari VERIFIN barulah dia lepas.
0630: baru dpt mesej ke rumah. Lega... tapi dah mula rindu. Flight ke Helsinki jam 0920. Lama lagi tuu... Aku duduk kat sebelah mak arab ni. Macam2 mknn dia kasik aku. Tak dpt nak communicate sbb dia tak faham BI. Aku cuma pandai ckp syukran. Hahahaha.. Lepas tu sepatah lagi, ‘min aina ila aina’. Waaa... min Mesr.. wakakaka...kesian aku!
Aku dah rasa sunyi. Sunyi dari suara anak2... ni baru sampai frankfurt. Kat Helsinki nnt macam manala...

0 comments:

Post a Comment