Friday, March 25, 2011

Syukur aku Muslim yang dilahirkan di Malaysia

Usai solat Zuhur di kampus sebentar tadi, aku ditanya oleh Haifa, peserta dari Tunisia yang merupakan seorang Muslim: "You always pray in your office?"
Aku tercengan sebentar, terkejut dengan pertanyaannya itu. Aku mengiyakan dan menerangkan kepadanya bahawa semua orang Islam di pejabatku solat dan itu adalah perkara biasa. Kalau tak solat akan dipandang pelik. Aku juga memberitahunya bahawa semua pejabat disediakan musolla begitu juga dengan shopping mall serta hotel2.
Dia agak hairan mendengar penjelasanku.

Menurutnya, di Tunisia (rakyatnya 98% Muslim) tidak boleh solat pada waktu pejabat. Ceritanya lagi, sesiapa yang ke Masjid akan dianggap ekstrim. Memakai jilbab juga tidak dibenarkan di sekolah atau dipejabat. Lalu, negara Islam apakah itu kalau tiang agama pun tidak dipedulikan malah diharamkan pulak?
Aku katakan kepadanya, di Malaysia kami diajar solat sejak kecil lagi. Dan solat itu bukan perkara pelik atau memberatkan bagi kami. Ia menjadi darah daging kami. Jika tak solat itu yang akan meresahkan kami. (abaikan manusia2 yang mengaku Islam tapi tak buat apa yang Islam suruh... )
Dia agak bangga dengan Islam yang kita amalkan di Malaysia.
Aku terkejut mendengar ceritanya. Sedih pun ya... Sampai begitu sekali kehidupan mereka. Padanlah, ketika hari pertama aku berada di kampus dan aku menyatakan bahawa aku hendak solat, dia bertanya dengan nada terperanjat: "Here? Now?"
Aku jawab: "Yes, why not?"
Padanlah juga dia tidak pernah solat di kampus, tetapi hanya solat bila di biliknya. Sekarang aku faham...

Aku mula sedar... Keturunan Arab tidak semestinya alim dalam hal2 agama, malah ada yang lebih jahil dari kita semua. Walaupun mereka faham kandungan al-Quran, tapi mereka tidak menghayatinya. Dia pernah bertanya aku, kalau aku tak faham bahasa Arab, macam mana aku boleh solat dan baca Quran. Aku kata, kami belajar sejak kecil. Kalaulah aku tahu ceritanya begitu, mahu saja aku menjawab: walaupun kami tak faham tapi kami hayati isinya, turut apa hukum yang ada di dalamnya... Bagaimana dengan kamu yang bertutur bahasa al-Quran itu?
Itulah... kadang-kadang orang kita ni... kalau jumpa orang Arab, bukan main lagi, hormat sakan kononnya alim sangat. Kalau boleh nak hantar anak ke Mesir.. Sedangkan di sana... hakikatnya lagi teruk apa yang ada di Malaysia. Kalau tidak, masakan mereka berantakan sesama sendiri. Kalau mereka amalkan al-Quran dan Sunnah, Islam akan adi kuat.
Aku sangat-sangat bersyukur kerana dilahirkan sebagai Islam di Malaysia dan dibesarkan di dalam keluargaku yang rata-ratanya taat kepada perintah agama. Walaupun tidak alim, tetapi kami tahu hukum-hakamnya.
Semoga ALLAH pelihara iman kami, anak2 kami dan keturunan kami. Ya ALLAH, janganlah KAU bolak balikkan hati kami setelah KAU berikan hidayah. AMin....

Nota:
inilah tempat solatku semasa di VERIFIN:

0 comments:

Post a Comment