Tuesday, March 8, 2011

Pertama Kali Main Ski

Hari Kahmis lepas adalah program bermain ski yang dianjurkan oleh VERIFIN. Mula-mula aku risau juga untuk menyertainya, maklumlah inilah kali pertama dalam hidup aku main ski. Bermain roller skate pun tak pernah, inikan pula nak main ski... Sungguh mendebarkan!

Cuaca pagi itu agak dingin, dengan angin yang agak kencang seta mendung. Pada mulanya kami sangka mereka akan menangguhkan program ini, tetapi memandangkan Forecast menyatakan bahawa matahari akan bersinar dan suhu hanya -3 C, maka rancangan asal diteruskan.

Kami bertolak dari VERIFIN dengan 2 buah kereta yang dipandu oleh Mr Vesa dan Mr Martin ke tapak ski iaitu Suomen Lotu di Espoo yang terletak lebih kurang 60km dari Helsinki. Perjalanan ke Espoo agak menarik kerana banyak pemandangan yang indah kerana melalui kawasan perkampungan.





Kami tiba di tapak ski 45 minit kemudian. Ketika ini matahari mula memunculkan diri. Cuaca agak baik di situ... Kawasan skinya sangat luas, mungkin berhektar2...










Untuk bermain ski, kita perlukan beberapa peralatan seperti boots, ski blades dan pole dan pakaian yang sesuai supaya tidak kedinginan dan beku. Sunglasses juga penting kerana pancaran matahari yang terpantul di salji akan membahayakan mata.









Segala peralatan ski disewa oleh VERIFIN untuk kamu berempat. Pertama kali aku memegang segala peralatan itu membuatkan aku seronok dan berdebar-debar. Kalau di Malaysia, sumpah aku tak akan buat kerja ni! Tapi di sini, tak ada siapa yang kenal dan peduli dengan aku. Kalau aku jatuh pun, bukan ada yang kenal. Ini pengalaman baru yang tak akan aku dapat di Malaysia!
Setelah kami diberi penerangan serba sedikit tentang cara untuk memakai, maka bermulalah langkah2 pertama. Haaa... seperti bayi baru hendak belajar bertatih. Lebih kurang 1 km pertama, aku masih steady... Berjalan berhati2.. Sedangkan Irma dan Haifa sudah beberapa kali terjatuh. Lineth sudah jauh ke depan, seperti pro aje...
Sebaik saja aku dipuji, konon aku dah boleh meluncur, buat pertama kali aku terjatuh... Hahhaha... macam nagka busuk, berdebuk!!! Tak pun macam beruang kutub yang tersalah langkah.. Nak bangun punyalah susah, dengan blade yang panjang... huhuhuuu...
Untuk permulaan, aku kira okeylah... Seronok sangat, macam kanak2 baru belajar main basikal.. Jatuh itu perkara biasa.
Setelah membuat satu pusingan, mungkin dala 4 km, kami ke tempat yang agak berbukit sedikit. Kalau di tempat mendatar, Irma juara jatuh dan Haifa pula naib juara, tapi ditempat mencerun ini akulah juara!!! Entah macam mana, aku tidak pandai mengimbangkan badan bila ia laju semacam.





Paling menarik, sewaktu aku cuba meluncur di tempat yang lebih mencerun... beberapa kali aku terjatuh... Memang fail bila turun bukit!!! Sakitnya punggung, entah apa jadi nanti...
Budak2 sekolah yang datang berkumpulan dengan guru2 mereka hanya pandang aku dengan wajah kehairanan. Haaaa... sabo je la dik... Makcik baru pertama kali pegang benda alah ni!!!
Kalau aku dapat berkongsi dengan abang dan anak2, alangkah seronoknya! Tentu anak2 seronok dengan pengalaman baru ini.
Kalaulah Ida dan Hajar ada, rasanya tak cukup mulut kami ketawa...
Sebenarnya tidak susah untuk bermain ski, kalau pandai mengimbangi badan. Kita perlukan koordinasi yang baik antara minda, kaki, dan tangan. Memang bagus untuk exercise tangan dan kaki. (juga untuk meleperkan punggung!!! :lol

Setelah dua jam berlalu dan matahari pun semakin tinggi, kami pun berangkat pulang. Inilah pengalaman yang tak mungkin aku lupakan selama aku di Finland.

0 comments:

Post a Comment